SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Wednesday, July 22, 2009

Perasmian Hotel El-Zahraa


Hotel El-Zahraa Inn, Sungai Petani Kedah Malaysia

Alhamdulillah Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya tepat jam 11.00 pagi tadi (Selasa; 21 Julai,2009). Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan, HPA, Tuan Hj Ismail b Ahmad. Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuli dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan boleh memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik
  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

dari : -

No comments:

Post a Comment

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE