SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Friday, June 26, 2009

INFO SMS HPA

1. Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.

cth sms: radix info sh004 - dan hantar ke 33886 (pertanyaan ini adalah untuk penyakit buasir)

KOD & MASALAH
SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH

2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.
type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886 contoh: radix info ardisia

3) Peringatan waktu-waktu solat.Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: on(jarak)radix(jarak)solat(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886

contoh: on radix solat jb (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru)

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT
1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Wednesday, June 24, 2009

Surah Fatihah dan Salawat.

Surah Al Fatihah merupakan surah pembuka. Pembuka jalan kesembuhan bagi mereka yang sedang sakit. Banyakan membaca surah ini terutama bila hendak mengambil sesuatu ubatan. Bacalah dengan memahami makna-maknanya agar terserap kebesaran Tuhan yang tidak ada taranya. Sebagaimana wajibnya surah ini dalam solat bagitulah tidak sempurnanya pengubatan tanpanya.

Salawat keatas Nabi SAW merupakan syarat doa diangkat dan dimakbulkan. Ubat akan mengingatkan kita perlunya doa mengiringi perbuatan dan doa tanpa salawat ibarat surat yang tidak beralamat hanya mengharapkan satu keajaiban. Perawat dan pesakit sama-sama menadah doa untuk tujuan kesembuhan. Inilah jalan yang kita pilih dalam dunia perubatan.

Doa Murah Rezeki

Racun Dalam Bahan Makanan

Tuesday, June 23, 2009

Kedatangan Rejab - 24Jun 2009

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

KO Wahida sah keluarkan 14% dan insyallah 20% pada tahun hadapan.


Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad.

Kali pertama kita telah mengistiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).
Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.
Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah
1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel.
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA.(Jual beli produk dalam jangka waktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISI BANK WAHIDA.
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

"Bagaimana wudhu 'zahir dan batin?" cuba praktikkan

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, tolong sampaikan kepada sahabat2.

InsyaAllah

Wednesday, June 17, 2009

Minyak zaitun dan cahaya.


Cahaya petunjuk jatuhnya pada hati dimana hati itu berada di Jantung (jantung hati) bukanya liver atau hepar. Cahaya itu datang dari unsur minyak walaupun tidak di nyalakan api dia tetap bercahaya (Rujukan surah Nur) dan memberikan tenaga pada jantung. Pusat energy juga berada pada jantung dan jika jantung itu baik,maka baiklah tubuh badan tersebut. Jantung berfungsi untuk mengepam darah keseluruh badan membawa bersama oksigen dan zat makanan untuk sel-sel hidup. Jika jantung lemah bererti aliran darah juga lemah dan tubuh akan lemah keseluruhanya.

Tujuan utama pengambilan herba ialah untuk menguatkan jantung agar keharmonian terjadi dan gangguan luar dapat diatasi. Herba- herba untuk jantung yang terbaik ialah dari semua jenis minyak tetapi perlu hati-hati jika pengambilan berlebihan ,badan akan menggeletar kerana jantung seolah-olah di arah bekerja sambil berlari.

Produk HPA dalam bentuk minyak adalah seperti : omega 3,grapeseed oil,vitamin e alami,garlic,habatul saudak,EPO dll. Kesemuanya memberikan tenaga pada jantung .
Produk HPA dalam bentuk kapsul juga hampir semua mengandungi minyak sari dari kayu teja yang sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya ubat periuk lohard.

InsyaAllah.

Posted by jawimedherb

Sunday, June 14, 2009

Kaedah mudah menurunkan kolesterol

Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan.
Dibawah diberikan sinergi yang boleh di amalkan untuk kesihatan iaitu:-
1. Radix kapsul - 3 x 3
2. Omega 3 soft gel - 3 x 3
3. Minyak zaitun soft gel - 3 x 3
4. Teh herba - 2 uncang sehari.

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan harianya.

Posted by JawiHerbShop

Kencing manis dan perawatanya

Satu lagi sinergi yang sangat baik untuk pesakit kencing manis ialah dengan pengamalan 3 herba iaitu:-

1. Plantisol (cadangan 3 x3)
2. Omega 3 soft gel (3 x 3)
3. Spirulina.(5x 3)

"Kadar bacaan gula saya berada diantara 5 mmol/liter - 8 mmol/liter walaupun mengambil makanan yang agak berlebihan" kata saudara Izar Zulkifli dalam KPJ Kuantan baru-baru ini. Beliau mengidap penyakit kencing manis lebih dari 2 tahun sejak umur 25 tahun lagi. Dahulu bacaan kencing manisnya disekitar 12mmol kini telah menjadi normal tanpa bantuan apa-apa ubatan kimia. Alhamdulilah herba HPA benar-benar mujarab dengan izin Allah.

Posted by JawiHerbShop

Betik dan kegunaanya dalam HPA

Betik mengandungi enzim yang dikenali sebagai papain. Enzim ini digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik.

Terdapat 2 produk HPA yang menggunakan enzim papain iaitu:

1. ubatan kapsul d kampuca - yang dibuat khusus untuk penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung. Dos yang dicadangkan ialah 3 x 3 .

2. Syampo Betik - digunakan untuk rawatan rambut yang pecah dan berbuah. Papain benar- benar menjadikan rambut sehat dan kuat. InsyaAllah produk ini berkesan kepada pengguna kerana pengaruh enzim papain tersebut dan selamat mencuba.

Posted by JawiHerbShop

Friday, June 5, 2009

RAHSIA KOPI RADIX HPA ~ Minuman Tenaga Sinergi 7 Herba Terpilih

TONGKAT ALI (EURYCOMA LONGIFOLIA)
• Bersifat afrodisiak (tenaga & kesuburan)
• Khasiat 7 kali ganda dari ginseng
• Usia akar yang diambil 20 tahun ke atas
• Merawat demam kuning
• Merawat cirit birit
• Menghilangkan sakit sendi & sakit pinggang
• Mengelakkan keradangan, arthritis
• Membantutkan ketumbuhan dan tumor (sinergi dengan Omega3 dan Spirulina)
• Mengatasi keputihan, senggugut dan menopous
• Mengandungi kalsium yang tinggi
• Antihipertensif (menurunkan tekanan darah tinggi)
• Antipiretik (membuang panas)
• Mengurangkan kesakitan pada tulang
• Meredakan gatal pada badan
• Menghindarkan dropsi (bengkak disebabkan pengumpulan air dalam badan)
• Cachexia (kekurangan nutrisi)
• Lumbago (kesakitan tulang belakang / lumbar)
• Menghindarkan batuk kering
• Pembengkakkan vena
• Masalah kecacingan

MATA PELANDUK (ARDISIA CRISPA)
• Bersifat diuretiK (memperbanyakkan pembuangan air kencing)
• Mengubati tulang yang patah / retak
• Merawat otot dan ligament
• Mengubati sakit dada
• Sakit tekak
• Keracunan
• Mengubati orchitis (pembengkakkan testis)
• Demam
• Batuk
• Gout

TEJA LAWANG (CINNAMOMUM INNERS)
• Bersifat karminatif (penolak angin)
• Teras yang digunakan berusia 100 tahun
• Mengandungi minyak asiri / aromatiK / wangian sarsi
• Menolong pencernaan
• Rawatan kencing manis
• Merawat demam / menambah tenaga
• Untuk ibu lepas bersalin
• Merawat asma / batuk

MENGKUDU HUTAN (MORINDA ELLIPTICA)
• Bersifat laxatif (pelawas)
• Mengubati sakit perut
• Melancarkan peredaran darah

TEBU GAJAH (ALBIZZA MYRIOPHYLLA)
• Bersifat antidot (penawar racun)
• Penawar demam
• Untuk merawat kencing manis

HALBAN HITAM (VITEX PUBESCEN)
• Bersifat antioksidan
• Meningkatkan imuniti tubuh
• Ramuan lepas bersalin dan sakit badan

LARAK HUTAN (POLYALTHIA HYPOLEUCA)
• Bersifat kardiotonik (menguatkan jantung)
• Ubat lepas bersalin, mengelakkan meroyan
• Membanyakkan susu ibu
• Mengentalkan otot-otot badan

MINUMLAH SETIAP HARI UNTUK KESIHATAN ANDA SEPANJANG HAYAT

Fakta Nutrisi:

Kolesterol 0%
Vitamin C 24%
Kalsium 5%

Tuesday, June 2, 2009

KO WAHIDA DI JANGKA MENGELUARKAN DIVIDEN 14%


Salam seluruh Warga HPA

Alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah.

Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur.

Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.

Produk-Produk baru dan yang akan muncul.

Alhamdulillah kini sedang beredar produk-produk baru di pasaran:-

1. Rempah ikan dan daging

2. Minyak sahara

3. Lampin pakai buang (diapers)

4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)

5. Ubat Anti lalat

6. Madu corcinium

7. Madu Ardisia.

Semoga semua cawangan adan agen stok dapat memastikan produk tersebut beredar dipasaran. InsyaAllah kita sedang menyiapkan 500 produk menjelang pembukaan HPA Halal Mall.

InsyaAllah.

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE