SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Friday, July 31, 2009

Demam

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah.

Saya kerap juga ditanya tentang H1N1, apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari pakar/doktor.

1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6).
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. Eq minda - minum hingga sembuh.
5. Sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan". Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-

1. IMT - 3 x 3
2. Roselle kapsul - 5 x 3 dan Teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian.

InsyaAllah.

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini.

Amin.

dipetik dari

PRODUK2 TERBARU




Aiskrim Vanila & Kopi Radix Ripple




Aiskrim perisa "Vanila & Roselle Radix Ripple dan Vanila & Koko Radix Ripple




Wajah baru Papan Kopi Radix HPA

Monday, July 27, 2009

Produk baru yang akan berada dipasaran

Banyak produk baru yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. Antaranya:-
1. Aiskrim dari pelbagai jenis perisa.
2. Produk daripada ayam seperti nugget, sossej, budger, dll.
3. Sardin.
4. Produk2 kosmetik.
5. Pelbagai jenis pencuci.
6. Coklat dari pelbagai jenis.
7. Kuih daripada kacang bermadu.
8. Album nasyid 1.
9. Mee kering, dll.

Produk2 yang baru dijual seperti ikan kering tanpa pengawit juga mendapat pemintaan yang tinggi. Kalau mampu kita akan pastikan produk dari yang paling kecil sampailah kereta akan kita usahakan.
Amin.

Sunday, July 26, 2009

Tahniah!!! Teruskan Perjuangan






Konvek 2009 HPA baru melabuhkan tirainya ...... pameran dan jualan produk2 baru sungguh mengkagumkan. Masih belum terlambat bagi saya mengucapkan tahniah kepada pengendar2 yg berjaya juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara terbesar HPA tahun ini.

Teruskan perjuangan kepada semua pengedar supaya HPA lebih bejaya di masa yang akan datang.





Tahniah.

Wednesday, July 22, 2009

Perasmian Hotel El-Zahraa


Hotel El-Zahraa Inn, Sungai Petani Kedah Malaysia

Alhamdulillah Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya tepat jam 11.00 pagi tadi (Selasa; 21 Julai,2009). Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan, HPA, Tuan Hj Ismail b Ahmad. Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuli dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan boleh memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik
  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

dari : -

Monday, July 20, 2009

KONVEK 2009 - MAHA, Mardi Serdang - Selangor


Kini tiba saat-saat yang ditunggu iaitu hari penganugrahan dan penghargaan kepada semua ahli-ahli HPA Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang bersama HPA hingga kedetik ini. Kita berjumpa di Dewan MAHA, Mardi Serdang, Selangor iaitu lokasi dimana HPA menerima anugerah Perdana daripada Perdana Menteri tahun 2008.

Himpunan 5,000 orang nanti insyaAllah sebagai himpunan terbesar MLMS yang berjaya mempertahankan usia peniagaan sampai tahun ke 12. Perjumpaan kali ini akan dihadiri oleh duta-duta dari negara-negara luar yang bekerja di Malaysia sebagai tetamu jemputan.

Sesuatu yang istimewa pada kali ini ialah banyak produk-produk baru akan diperkenalkan sebagai jualan pada hari tersebut. Antaranya ialah buku Jawi Med Herb siri 2, album nashid TQA, produk kosmatik, cokelat Radix, produk-produk dari el zahraa ini, HPA collection, produk baru dari aiskrim dll.

Metro HPA juga dijangka dikeluarkan pada hari tersebut.

Pastikan anda datang lebih awal bagi mengisi tempat duduk dihadapan kerana dewan ini jauh memanjang kebelakang. Kami menanti anda di Konvek 2009.

InsyaAllah.

Monday, July 13, 2009

Tanda-tanda Kebesaran Allah SWT



SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH!

Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )

Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "

( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )

Pada hari Isnin, 13 Rejab 1430 Hijrah, lebih kurang jam 9.00 pagi, Penaung Komiti Nilai, PJS Siti Habibah Yusof mendapat panggilan telefon daripada Bendahari Komiti Nilai, Pn. Zabedah binti Man. Beliau menceritakan pada jam 6.30 pagi, anak perempuannya membancuh kopi radix untuk adik lelakinya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Lebih kurang pada jam 6.50 pagi, ketika anak lelakinya ingin meminum kopi yang telah disediakan oleh kakaknya itu, beliau telah terlihat satu pembentukan kalimah Allah telah timbul pada permukaan minuman kopi radix tersebut.

Suami Pn. Zabedah iaitu En. Habidin bin Mat telah mengambil gambar tersebut sebagai bukti akan kebesaran Allah dan juga untuk tatapan kami dan juga ahli HPA amnya.

Dari blog Komuniti HPA Nilai.

RFC di Makkah


Lokasi RFC di Makkah telah dikenalpasti dan urusan penyewaan premis sedang dijalankan. Demikian juga urusan pendaftaran syarikat HPA di Saudi sedang giat diuruskan. Team HPA bersama Pengarah Urusan akan bersama-sama ke Saudi untuk melihat sendiri lokasi tersebut.


Lokasi yang dipilih amat strategik iaitu di Aziziah berdekatan dengan Mina. dari khemah-khemah penginapan jemaah haji di Mina hanya melintasi terowong, para jemaah haji akan bertemu dengan RFC tersebut. Kedudukan di tepi lebuhraya menuju ke Madinah dan jeddah akan memberikan kelebihan dalam bentuk iklan.


Dari Masjidilharaam, perjalanan menaiki teksi akan mengambil masa sekitar 10 minit. Doakan supaya Allah mempermudahkan urusan kita untuk bertapak di Bumi Haraam ini.


Friday, July 3, 2009

MAKANAN HALALAN TOYYIBA JADI UBAT

Oleh : Ustaz Dr Badrul Amin Bahron

Satu hari Imam Imam Malik menjamu Imam Syafie yang bertamu kerumahnya. Imam Syafie makan dengan banyak hingga jadi tandatanya pada anak Imam Malik. Bila ditanya oleh Imam Malik maka Imam Syafie berkata "Makanan yang kau hidang adalah ubat kerana ia bukan hanya halal, tapi dimasak oleh isterimu seorang yang baik, dihidang oleh engkau sendiri seorang yang baik, dimakan dirumahmu tempat yang baik, bersama orang yang baik... Aku makan banyak untuk berubat".

Bagaimana jika makanan itu halal tetapi dimasak oleh oleh orang yang tidak baik atau fasik (tidak solat, tidak jaga hukum-hakam pakaian dan pergaulan)? Atau dihidang oleh orang yang tidak baik atau dimakan ditempat yang tidak baik bersama orang yang tidak baik? Jelas ia adalah racun. Bayangkan bagaimana pula jika makanan itu tidak halal... Sudah tentu ia membunuh hati. Bila hati mati... rosaklah manusia... Kerana manusia itu jadi baik selagi baik hatinya...

Pengalaman saya bertamu kerumah Tuan Guru Nik Aziz... Alangkah bahagianya kerana Tn Guru sendiri yang mengangkat minuman. Ketika Tn Guru keluar membawa dulang gelas dan air, kawan yang duduk disebelah saya ingin bangun menyambut dulang tersebut tetapi saya halang. Setelah pulang, kawan saya bertanya mengapa saya menghalangnya maka jawab saya "...bila Tn Guru yang hidang, air itu jadi ubat tapi jika engkau yang menghidangnya..." belum sempat saya menghabiskan ayat saya, kawan saya sudah faham dan berterima kasih pada saya kerana ia juga perlukan "ubat" itu...

sekian ...

http://drbadrulamin.blogspot.com

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE