SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Tuesday, March 9, 2010

HPA - Poteensi Tahun 2010


Dipetik dari web PU.

Peningkatan jualan pada bulan Disember 2009 menampakkan unjuran garis lintang peniagaan yang membanggakan. Jika kecenderungan daripada hujung tahun 2009 dikekalkan pencapaian 20 juta akan dapat dicapai pada bulan April tahun ini. Namun begitu, masih banyak angkubah-angkubah pasaran yang pasti menjadi sedikit penghalang kepada pencapaian tersebut. Kenaikan harga gula misalnya sedikit sebanyak juga meningkatkan kos kopi radix. HPA boleh mengambil 2 pendekatan samada menguranginya dalam kopi Radix atau dengan sedikit kenaikan harga baru dipasaran.

Banyak juga yang mencadangkan agar kopi radix dikurangi gulanya kerana dibimbangi menjadi pemacu penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun bagitu kelompok yang lebih ramai sering mengingatkan jangan lagi diubah resepinya. Kedua-duanya ada benarnya tetapi HPA akan mencari jalan keluar ditengah-tengah supaya harga dapat dikekalkan dan kemanisan juga harus sedikit kurang manisnya. Kita harus mendidik masyarakat dan warga HPA menghargai kesihatan dengan makanan yang tidak terlalu manis.

Cerita tentang Kencing Manis, dahulu kita sebut kopi radix boleh digunakan untuk pesakit kencing manis. Kes yang sama seperti madu lebah dan kencing manis, ada yang menjadi baik sesudah mengambil kopi radix dan ada yang meningkat gulanya. Bergantung kepada penerimaan tubuh sesaorang pengguna tetapi dalam HPA kita tidak ambil satu herba sahaja dalam pengubatan sesuatu penyakit. Kena ada sinergi kerana sinergi itulah yang menghilangkan keracunan dan mengelakan dari berlakunya kesan sampingan.

Jadi ada produk HPA namanya "Madu Plantisol" madu yang disinergikan dengan herba plantisol. Ia sangat berkesan untuk mereka yang impotensi(lemah tenaga lelaki) kerana kencing
manis. Inilah seni pengubatan Jawi yang melihat keberkesanan herba melalui sinergistik herbs. Apa yang saya nak tuliskan ialah tentang jualan dan potensi tahun 2010 untuk mencatat sejarah gemilang HPA sempena hijrah 1431.

InsyaAllah.

KENALI TANDA RANGSANGAN TUBUH ANDA

Di petik dari laman web Herbalis JAWI

Tubuh badan kita adalah satu rangkaian sistem saraf yang saling berkaitan dan berhubung. "Pangkalan data"yang paling tepat dan cepat memberikan tanda/simptom apabila berlakunya kerosakan/gangguan pada jaringan sel kerana otak kita mengandungi lebih kurang 100 bilion sel saraf. Jadi proses interaksi yang berlaku dalam badan kita adalah konsisten dan tidak tertanding dengan teknologi tercanggih ciptaan manusia. Jadi tiada sebab untuk kita berpaling dari pencipta kita,ALLAH SWT kerana bukti kekuasaanNYA mendarah daging dalam badan kita.

KULIT
Tubuh badan kita sangat cepat memberikan rangsangan dan tanda kepada kita kerana tubuh badan kita dilindungi oleh kulit yang bertindak sebagai pemisah di antara badan dan persekitaran luar. Kulit adalah organ homeostasis (mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman tubuh) yang membantu badan untuk memberi signal kepada organ dalaman semasa beradaptasi dengan persekitaran luar. Contohnya persekitaran panas-badan akan berpeluh, apabila badan tersentuh benda panas,kulit di cubit,terkena pisau dan lain-lain. Ini berlaku kerana sel kulit kulit mempunyai reseptor-reseptor yang sangat sensitif kepada apa sahaja serangan-serangan pada tubuh.

MUNTAH
Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi racun akibat daripada proses bakteria (makanan basi) maka otak akan memberikan signal kepada badan untuk muntah sebagai salah satu proses untuk membuang racun yang telah masuk ke dalam badan. Muntah juga adalah cara terbaik untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam perut kita, bagi bayi muntah susu (possetting/jeluak) adalah kejadian yang biasa bagi bayi. Begitu juga dengan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan,mabuk perjalanan atau terlebih makan. Namun, jika muntah berlaku yang tiada kaitan dengan sebab di atas,anda perlu memberikan lebih perhatian kepada rangsangan ini kerana tubuh kita sedang memberikan signal bahawa berlaku kerosakan/gangguan pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh kita seperti berikut :
  1. Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  2. Kecederaan/hantukan pada otak
  3. ketumbuhan dalam otak
  4. Usus tersumbat
  5. Jangkitan saluran kencing
  6. Bengkak pada appendiks
  7. Diabetis ketoacodosis(ketiadaan Insulin dalam badan)

AIR
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal.Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75% air, jika berkurang akan menyebabkan sakit kepala dan pening.Jika badan kita kekurangan air sebanyak 1 hingga 5 % maka badan kita akan memberikan signal rasa dahaga dan jika dibiarkan berlarutan maka badan kita akan demam,berlaku dihidrasi(kurang cairan dalam tubuh),sembelit dll . Badan kita memerlukan banyak air untuk melakukan proses-proses semulajadi tubuh seperti penghadaman, perkumuhan,untuk mengalir darah yang membekalkan nutrien kepada semua organ di dalam tubuh. Keperluan ini juga di dominankan lagi dengan suhu panas dan lembap di negara kita yang menyebabkan kita banyak kehilangan air melalui proses perpeluhan. Tahukah anda?Darah kita mengalir sejauh 96,540 km sehari,proses ini akan terhalang jika kurangnya air di dalam badan. Air bertindak seperti minyak pelincir kepada badan,jika air berkurang maka rosaklah "enjin"dalam badan kita.

Secara keseluruhannya penyakit yang terjadi pada seseorang dapat dikesan melalui beberapa organ luaran yang menggambarkan keadaan organ di dalam badan kita

ORGAN LUAR - ORGAN DALAM
  1. LIDAH - JANTUNG ATAU USUS KECIL
  2. HIDUNG(TERSUMBAT/BERHINGUS - PARU-PARU ATAU USUS BESAR
  3. MATA PUTIH (BERWARNA KUNING) - HATI ATAU PUNDI HEMPEDU
  4. HILANG SELERA MAKAN - LIMPA ATAU PERUT
  5. TELINGA BERDESING - BUAH PINGGANG /GINJAL
Pengambilan ubat kimia akan melumpuhkan potensi signal yang dihantar sehingga berlaku pengabaian dalam pembaikan yang sepatutnya berlaku semulajadi dengan bantuan perubatan herba yang merupakan pelengkap kepada keperluan badan kerana manusia adalah pelengkap kepada ekosistem ciptaan ALLAH SWT.

Banyak di antara kita yang mula merasakan alam semulajadi tiada kaitan dengan kelangsungan hidup kita sedangkan disitulah ubat yang paling berkesan untuk kita yang telah diaturkan ALLAH baik tumbuhan mahupun haiwan yang melata. Contohnya fungsi lintah atau pacat ialah membuang keracunan dalam tubuh badan manusia, buktinya semasa haiwan ini menghisap darah manusia,ia akan memasukkan sejenis cecair hirudin yang bertindak sebagai agen anticoagulant atau pencair darah untuk mencairkan darah sehingga menyebabkan darah beku/pekat kerana kolesterol hasil dari pemakanan akan kembali baik dan perjalanan darah ke seluruh badan menjadi lancar. Air liurnya juga mengandungi 'ubat bius' yang menyebabkan kita tidak menyedari kehadiran mereka yang telah membenamkan taring halus dan mengoyakkan kulit kita. Haiwan kecil ini menjadi lambang kekuasaan ALLAH yang telah menjadikan alam ini saling bergantungan dan memerlukan.

Sebagai Herbalis, diagnosis untuk setiap rangsangan badan adalah satu proses interaksi yang sangat penting dalam proses perawatan. Bahasa tubuh(body langguage)menjadi bahasa yang sangat efektif dalam mengenalpasti penyakit yang sedang membenih di dalam badan pesakit seterusnya merawat dengan teknik yang betul berasaskan Perubatan Jawi sehingga "Biiznillah" dengan izin ALLAH terjadilah kesembuhan.

SINERGI YANG BERKESAN

Dipetik dari blog karangan Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti darah tinggi diberikan Vitex,Kencing Manis diberikan Plantisol dll(mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan. Dalam hukum sinergi perlu dimasukan herba ubatan seperti dibawah:-
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti diatas.InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatussauda’)dan herba untuk ginjal/buah pinggang (malac). Inilah keinstimewaan perubatan jawi InsyaAllah.Amin.

TAMBAHAN DARI HERBALIS JAWI
Kaedah sinergi di atas perlu diketahui oleh semua herbalis kerana perawatan yang tepat pasti akan menyembuhkan. Keistimewaan herba HPA yang diperkenalkan melalui Perubatan Jawi adalah sebagai synergistic herb yang bertujuan untuk :
 menambahkan potensi herba
mengurangi kekerasan herba
mempercepatkan keberkesanan herba
menghilangkan kesan sampingan

Kaedah ini mengingatkan kita kepada satu kaedah yang diajar dalam Perubatan Jawi dimana jika lalat hinggap didalam minuman anda,maka celupkan badannya ke dalam minuman nescaya hilanglah racunnya, kerana pada satu sayap lalat terdapat racun dan sebelah sayap lagi mengandungi penawar. Sungguh sempurna ciptaan ALLAH.

Formula mudah untuk anda ikuti di dalam kaedah synergistic herb ini adalah seperti berikut:
HERBA UTAMA + VITAMIN C + NUTRISI + SUMBER IKAN + COLON CLEANSING + DEEP SLEEPING + RIADAH

CONTOHNYA :
VITEX + ROSSELLE + MADU + OMEGA 3+ TEH HERBA + MENGKUDU + RIADAH = SIHAT DENGAN IZIN ALLAH

Sinergi ini sangat mudah diikuti,walaupun anda baru mengenali herba, kombinasi formula di atas pasti dapat membantu anda dalam mengkonsumsi herba. Perubahan pada badan anda akan dapat anda rasai dengan mengikut formula di atas. Kini, mengambil herba bukanlah sesuatu yang rumit untuk anda. Ingat formula ini, pasti anda sudah boleh jadi perawat yang baik walau di mana anda berada.

Insya-allah.

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE