SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Thursday, October 28, 2010

Pelancaran Majalah Ikon – Edisi Khas HPA


Pada: 6hb Nov 2010, Jam 8.45 Malam di HPAIc

Oleh : Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

Semua di Jemput Hadir

RADIX Isotonic Plus


Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terkini yang dikenali sebagai RADIX Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) SERTA UJIAN PEMERIKSAAN MAKMAL:


RADIX COLA JUGA TELAH MENJALANKAN UJIAN DAN PEMERIKSAAN MAKMAL (LAB TEST) SEBANYAK 5 KALI SEBELUM MENDAPAT KEPUTUSAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK TERBARU INI.

IANYA MERANGKUMI UJIAN DAN PEMERIKSAAN DARIPADA SEGI: BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN, GRAPE FRUIT YANG BERSESUAIAN DAN KEPASTIAN HALAL & TOYIBAN. DI ANTARA BAHAN-BAHAN MENTAH YANG LAIN YANG DIGUNAKAN IALAH GULA, DEXTROSE ANHYDROUS, CITRIC ACID CRYSTALLINE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM CITRATE, VITAMIN C, POTASSIUM PHOSPHATE, TRICALCIUM PHOSPHATE, CLOUDY AGENT, GRAPE FRUITY FLAVOUR DAN SODIUM BENZOATE.
KANDUNGAN GULA DALAM BANCUHAN (10.5 BRIX) SUKATAN SETIAP BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN PERANTARAAN LAB TEST TAHAP KEPEKATAN, KEMANISAN DAN TEKANAN GAS CO2 ADALAH MINIMUM NUTIRISI DALAM MINUMAN INI UNTUK 100ML

LEMAK 0%
PROTEIN 0.4 GRAM
KARBOHIDRAT 7.1 GRAM
TENAGA 31 KCAL/ML
JUMLAH GULA 5.4 GRAM

DIKELUARKAN DALAM 2 VARIASI IAITU 500ML DAN 1.5 LITER

Friday, October 22, 2010

Kapsul INER-G * Set Kencing Manis HPA.

Kapsul INER-G pelengkap kepada Set Kencing Manis HPA.


Kapsul INER-G merupakan herba yang khas bagi penyakit kencing manis. Insya Allah ia dapat membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menyembuhkan penyakit kencing manis. Juga sebagai penawar racun (Antidot).


Kapsul Iner G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah dalam Kopi Radix ataupun diambil dengan Plantisol. Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simptom letih yang keterlaluan termasuk yang ada masalah impotensi (tenaga lelaki).

Pengambilanya juga tidak perlu tinggi iaitu 1×3 sahaja. Pada pesakit kencing manis yang masih baru, herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat daripada 100% pokok Tebu Gajah hutan spesis yang memanjat. Adanya Iner G, kini HPA memiliki herba yang lengkap untuk rawatan kepada pesakit kencing manis.

Set lengkap produk HPA untuk rawatan kencing manis ialah Plantisol, Iner G, Teh Tropika dan Habbatussauda disamping Spirulina. Peratus pesakit kencing manis semakin meningkat dan sudah sampai masanya kita perlu ada penyelesaiannya .

60 biji kapsul per botol

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 7


TANYA KOWAHIDA






Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad

Sila hubungi:

Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812;

atau

Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

Jelly Gamat HPA


Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassanmengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawatarthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawatarthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukantulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dariinflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8


Tuesday, August 17, 2010

KENAIKAN HARGA UBAT GIGI HERBA



Berikut adalah kenaikan harga Ubat Gigi Herba HPA yang berkuatkuasa pada hari Isnin 16hb Aug 2010 ini.

(Semenanjung Malaysia)
Harga Pengedar RM 5.60
PV/NM 2.00
Harga Pengguna RM 6.50
Harga di Sabah dan Serawak bagaimanapun kekal seperti dahulu.

Kenaikan tersebut adalah disebabkan kerana berlaku kenaikan kos pembekalan. Namun demikian harga Ubat gigi Herba HPA masih lagi di tahap yang murah jika dibandingkan dengan ubat gigi pasaran.

Sila ambil perhatian.


Thursday, June 17, 2010

BERITA PENTING : HPA International Centre (HPAIC), Shah Alam



PERASMIAN HPAIC PADA 02/10/2010

AKAN Di RASMIKAN JUGA IALAH HPA HALAL MALL PERTAMA, Di TINGKAT BAWAH MENARA HPAIC.

HPA HALAL MALL INI MENGANDUNGI:
1) RADIX SWEET AISKRIM,
2) DAPUR SEGAR,
3) HPA HALAL MART,
4) HPA COLLECTION,
5) RADIX BAKERI HOUSE,
6) ISLAMIK BOOK STORE
DAN 7) GALERI HPA,

DOAKAN DI PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN INI, AMIN.

Monday, May 24, 2010

Cecair Freesia dan kisah ayam kita

Syukur alhamdulillah, kini Cecair Fresia sudah mampu dikeluarkan 1,000 botol sehari. Tidak lama lagi semua cawangan HPA akan dibekalkan stok dan kegelisahan ahli tentang sabun cuci kain akan terjawab. Namun bagitu kapasiti boleh dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Isu kekurangan ayam juga kini semakin hampir dapat diselesaikan dengan pengeluaran semasa yang tinggi. HPA Farm kini sedang memastikan ayam segar yang dijual akan mencukupi di semua cawangan sebelum berakhirnya bulan Mei ini. InsyaAllah.

Kita akan mengadakan majlis perasmian kilang makanan ayam tidak lama lagi dan kini hampir 100% makanan ayam akan dapat dikeluarkan dari kilang kita sendiri. Terima kasih pada semua yang memberikan sokongan pada HPA pada setiap saat. Pada bulan Jun nanti, InsyaAllah kita juga akan mempunyai tempat penyembelihan yang canggih dan mampu membuat sembelihan 25,000 ekor satu shift. Ini akan menjadi contoh peniagaan ayam secara bersepadu dengan moto baru " Dari kita untuk kita".

Ahli dicadangkan membuat lawatan ketempat-tempat yang disebutkan diatas.

Terima kasih.
dipetik dari laman web PU HPA

Thursday, April 22, 2010

Cawangan HPA - ZON Tengah

HPA Halal Mart di Zon Tengah

Assalamualaikum


HPA Halal Mart The Mines
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor

[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank]
Hubungi : Salmee (019-6528708)




HPA Halal Mart Bukit Tinggi, Klang
(Beroperasi mulai 21 April 2010)
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)



Sekian

Tuesday, March 9, 2010

HPA - Poteensi Tahun 2010


Dipetik dari web PU.

Peningkatan jualan pada bulan Disember 2009 menampakkan unjuran garis lintang peniagaan yang membanggakan. Jika kecenderungan daripada hujung tahun 2009 dikekalkan pencapaian 20 juta akan dapat dicapai pada bulan April tahun ini. Namun begitu, masih banyak angkubah-angkubah pasaran yang pasti menjadi sedikit penghalang kepada pencapaian tersebut. Kenaikan harga gula misalnya sedikit sebanyak juga meningkatkan kos kopi radix. HPA boleh mengambil 2 pendekatan samada menguranginya dalam kopi Radix atau dengan sedikit kenaikan harga baru dipasaran.

Banyak juga yang mencadangkan agar kopi radix dikurangi gulanya kerana dibimbangi menjadi pemacu penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun bagitu kelompok yang lebih ramai sering mengingatkan jangan lagi diubah resepinya. Kedua-duanya ada benarnya tetapi HPA akan mencari jalan keluar ditengah-tengah supaya harga dapat dikekalkan dan kemanisan juga harus sedikit kurang manisnya. Kita harus mendidik masyarakat dan warga HPA menghargai kesihatan dengan makanan yang tidak terlalu manis.

Cerita tentang Kencing Manis, dahulu kita sebut kopi radix boleh digunakan untuk pesakit kencing manis. Kes yang sama seperti madu lebah dan kencing manis, ada yang menjadi baik sesudah mengambil kopi radix dan ada yang meningkat gulanya. Bergantung kepada penerimaan tubuh sesaorang pengguna tetapi dalam HPA kita tidak ambil satu herba sahaja dalam pengubatan sesuatu penyakit. Kena ada sinergi kerana sinergi itulah yang menghilangkan keracunan dan mengelakan dari berlakunya kesan sampingan.

Jadi ada produk HPA namanya "Madu Plantisol" madu yang disinergikan dengan herba plantisol. Ia sangat berkesan untuk mereka yang impotensi(lemah tenaga lelaki) kerana kencing
manis. Inilah seni pengubatan Jawi yang melihat keberkesanan herba melalui sinergistik herbs. Apa yang saya nak tuliskan ialah tentang jualan dan potensi tahun 2010 untuk mencatat sejarah gemilang HPA sempena hijrah 1431.

InsyaAllah.

KENALI TANDA RANGSANGAN TUBUH ANDA

Di petik dari laman web Herbalis JAWI

Tubuh badan kita adalah satu rangkaian sistem saraf yang saling berkaitan dan berhubung. "Pangkalan data"yang paling tepat dan cepat memberikan tanda/simptom apabila berlakunya kerosakan/gangguan pada jaringan sel kerana otak kita mengandungi lebih kurang 100 bilion sel saraf. Jadi proses interaksi yang berlaku dalam badan kita adalah konsisten dan tidak tertanding dengan teknologi tercanggih ciptaan manusia. Jadi tiada sebab untuk kita berpaling dari pencipta kita,ALLAH SWT kerana bukti kekuasaanNYA mendarah daging dalam badan kita.

KULIT
Tubuh badan kita sangat cepat memberikan rangsangan dan tanda kepada kita kerana tubuh badan kita dilindungi oleh kulit yang bertindak sebagai pemisah di antara badan dan persekitaran luar. Kulit adalah organ homeostasis (mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman tubuh) yang membantu badan untuk memberi signal kepada organ dalaman semasa beradaptasi dengan persekitaran luar. Contohnya persekitaran panas-badan akan berpeluh, apabila badan tersentuh benda panas,kulit di cubit,terkena pisau dan lain-lain. Ini berlaku kerana sel kulit kulit mempunyai reseptor-reseptor yang sangat sensitif kepada apa sahaja serangan-serangan pada tubuh.

MUNTAH
Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi racun akibat daripada proses bakteria (makanan basi) maka otak akan memberikan signal kepada badan untuk muntah sebagai salah satu proses untuk membuang racun yang telah masuk ke dalam badan. Muntah juga adalah cara terbaik untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam perut kita, bagi bayi muntah susu (possetting/jeluak) adalah kejadian yang biasa bagi bayi. Begitu juga dengan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan,mabuk perjalanan atau terlebih makan. Namun, jika muntah berlaku yang tiada kaitan dengan sebab di atas,anda perlu memberikan lebih perhatian kepada rangsangan ini kerana tubuh kita sedang memberikan signal bahawa berlaku kerosakan/gangguan pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh kita seperti berikut :
  1. Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  2. Kecederaan/hantukan pada otak
  3. ketumbuhan dalam otak
  4. Usus tersumbat
  5. Jangkitan saluran kencing
  6. Bengkak pada appendiks
  7. Diabetis ketoacodosis(ketiadaan Insulin dalam badan)

AIR
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal.Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75% air, jika berkurang akan menyebabkan sakit kepala dan pening.Jika badan kita kekurangan air sebanyak 1 hingga 5 % maka badan kita akan memberikan signal rasa dahaga dan jika dibiarkan berlarutan maka badan kita akan demam,berlaku dihidrasi(kurang cairan dalam tubuh),sembelit dll . Badan kita memerlukan banyak air untuk melakukan proses-proses semulajadi tubuh seperti penghadaman, perkumuhan,untuk mengalir darah yang membekalkan nutrien kepada semua organ di dalam tubuh. Keperluan ini juga di dominankan lagi dengan suhu panas dan lembap di negara kita yang menyebabkan kita banyak kehilangan air melalui proses perpeluhan. Tahukah anda?Darah kita mengalir sejauh 96,540 km sehari,proses ini akan terhalang jika kurangnya air di dalam badan. Air bertindak seperti minyak pelincir kepada badan,jika air berkurang maka rosaklah "enjin"dalam badan kita.

Secara keseluruhannya penyakit yang terjadi pada seseorang dapat dikesan melalui beberapa organ luaran yang menggambarkan keadaan organ di dalam badan kita

ORGAN LUAR - ORGAN DALAM
  1. LIDAH - JANTUNG ATAU USUS KECIL
  2. HIDUNG(TERSUMBAT/BERHINGUS - PARU-PARU ATAU USUS BESAR
  3. MATA PUTIH (BERWARNA KUNING) - HATI ATAU PUNDI HEMPEDU
  4. HILANG SELERA MAKAN - LIMPA ATAU PERUT
  5. TELINGA BERDESING - BUAH PINGGANG /GINJAL
Pengambilan ubat kimia akan melumpuhkan potensi signal yang dihantar sehingga berlaku pengabaian dalam pembaikan yang sepatutnya berlaku semulajadi dengan bantuan perubatan herba yang merupakan pelengkap kepada keperluan badan kerana manusia adalah pelengkap kepada ekosistem ciptaan ALLAH SWT.

Banyak di antara kita yang mula merasakan alam semulajadi tiada kaitan dengan kelangsungan hidup kita sedangkan disitulah ubat yang paling berkesan untuk kita yang telah diaturkan ALLAH baik tumbuhan mahupun haiwan yang melata. Contohnya fungsi lintah atau pacat ialah membuang keracunan dalam tubuh badan manusia, buktinya semasa haiwan ini menghisap darah manusia,ia akan memasukkan sejenis cecair hirudin yang bertindak sebagai agen anticoagulant atau pencair darah untuk mencairkan darah sehingga menyebabkan darah beku/pekat kerana kolesterol hasil dari pemakanan akan kembali baik dan perjalanan darah ke seluruh badan menjadi lancar. Air liurnya juga mengandungi 'ubat bius' yang menyebabkan kita tidak menyedari kehadiran mereka yang telah membenamkan taring halus dan mengoyakkan kulit kita. Haiwan kecil ini menjadi lambang kekuasaan ALLAH yang telah menjadikan alam ini saling bergantungan dan memerlukan.

Sebagai Herbalis, diagnosis untuk setiap rangsangan badan adalah satu proses interaksi yang sangat penting dalam proses perawatan. Bahasa tubuh(body langguage)menjadi bahasa yang sangat efektif dalam mengenalpasti penyakit yang sedang membenih di dalam badan pesakit seterusnya merawat dengan teknik yang betul berasaskan Perubatan Jawi sehingga "Biiznillah" dengan izin ALLAH terjadilah kesembuhan.

SINERGI YANG BERKESAN

Dipetik dari blog karangan Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti darah tinggi diberikan Vitex,Kencing Manis diberikan Plantisol dll(mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan. Dalam hukum sinergi perlu dimasukan herba ubatan seperti dibawah:-
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti diatas.InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatussauda’)dan herba untuk ginjal/buah pinggang (malac). Inilah keinstimewaan perubatan jawi InsyaAllah.Amin.

TAMBAHAN DARI HERBALIS JAWI
Kaedah sinergi di atas perlu diketahui oleh semua herbalis kerana perawatan yang tepat pasti akan menyembuhkan. Keistimewaan herba HPA yang diperkenalkan melalui Perubatan Jawi adalah sebagai synergistic herb yang bertujuan untuk :
 menambahkan potensi herba
mengurangi kekerasan herba
mempercepatkan keberkesanan herba
menghilangkan kesan sampingan

Kaedah ini mengingatkan kita kepada satu kaedah yang diajar dalam Perubatan Jawi dimana jika lalat hinggap didalam minuman anda,maka celupkan badannya ke dalam minuman nescaya hilanglah racunnya, kerana pada satu sayap lalat terdapat racun dan sebelah sayap lagi mengandungi penawar. Sungguh sempurna ciptaan ALLAH.

Formula mudah untuk anda ikuti di dalam kaedah synergistic herb ini adalah seperti berikut:
HERBA UTAMA + VITAMIN C + NUTRISI + SUMBER IKAN + COLON CLEANSING + DEEP SLEEPING + RIADAH

CONTOHNYA :
VITEX + ROSSELLE + MADU + OMEGA 3+ TEH HERBA + MENGKUDU + RIADAH = SIHAT DENGAN IZIN ALLAH

Sinergi ini sangat mudah diikuti,walaupun anda baru mengenali herba, kombinasi formula di atas pasti dapat membantu anda dalam mengkonsumsi herba. Perubahan pada badan anda akan dapat anda rasai dengan mengikut formula di atas. Kini, mengambil herba bukanlah sesuatu yang rumit untuk anda. Ingat formula ini, pasti anda sudah boleh jadi perawat yang baik walau di mana anda berada.

Insya-allah.

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE