SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK
email: HISHAM
TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya" |
Friday, May 29, 2009
Perasmian RCH kedua & Majlis Pelancaran 'Lampin Pakai Buang'
Pelancaran lampin yang akan diadakan pada 31 hb di Sungai Petani dibatalkan .Di Jemput semua ahli-ahli HPA turus serta dalam majlis tersebut bagi memperkukuhkan lagi peniagaan HPA di utara.RCH kangar merupakan lokasi kedua selepas mendapat pemintaan yang bagitu baik di Kodiang Kedah.
Semoga peniagaan kita akan diberkati Allah.
Dari JawiHerbShop
Thursday, May 28, 2009
Mencari ulamak pewaris Nabi.
Ulama tidak membawa manusia agar kagum pada dirinya sendiri dan bagitu juga pengikut-pengikutnya. Mereka bertemu membicarakan kelebihan yang ada dalam Islam bukanya membicarakan kelebihan guru-guru mereka. Hari ini kita melihat keterbalikan ini,para murid sibuk menceritakan kehebatan guru dan guru pula menerima sanjungan yang bukan menjadi miliknya.
Jangan sekali-kali kita mengukur kehebatan guru itu dengan pekara ajaib yang berlaku tetapi ukurlah dengan pegangannya kepada Al- Quran dan as sunnah.
Ramai para ulamak yang tidak cenderung hati mereka pada ugama lantas mereka tidak menghantar anak-anak meraka untuk mempelajari Islam sepertimana diri mereka. Dari soal kecil sampai perkara besar boleh dipertikaikan. Mereka mengahwini anak perempuan mereka dengan mas kahwin yang tinggi dan masih lagi menjadikan upacara persandingan sebagai hukum adat yang tidak boleh ditentang. Mereka masih boleh tersenyum melihat anak-anak mereka memakai lipstick diatas pelamin menjadi tuntunan awam. Jika berbicara sering bercakap tentang soal jin dan buatan orang melebihi dari persoalan aqidah yang perlu dipertahankan. Ini berbeza dengan ulamak yang ikhlas tetap memelihara kesucian Islam dalam apa jua sudut kehidupan.
Amin semoga kita menjadi pengikut ulamak pewaris para nabi.
Posted by jawimedherb
7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
(Usman Ibn Affan )
Dicatat oleh jafri
Kadar Harga De Palma Hotel Untuk Ahli HPA
Kategori Bilik Harga Asal Harga Individu(FIT)
Superior RM320.00Bersih RM145.oo Bersih*
Business RM365.00 Bersih RM170.oo Bersih*De Palma Hotel Shah Alam
Kategori Bilik Harga Asal Harga Individu(FIT)
Superior RM190.00 Bersih RM125.oo Bersih*
Deluxe RM280.00 Bersih RM180.oo Bersih*
De Palma Hotel Sepang
Kategori Bilik Harga Asal Harga Individu(FIT)
Deluxe Twin RM300.00 Bersih RM125.oo Bersih*
Palma Deluxe RM330.00 Bersih RM160.oo Bersih*
De Palma Hotel Kuala Selangor
Kategori Bilik Harga Asal Harga Individu(FIT)
Superior RM270.00++ RM145.oo++*
Deluxe Triple RM290.00++ RM160.oo++*
* Termasuk sarapan pagi untuk 2 orang
Dicatat oleh BizDev
Rempah ikan dan daging, Madu corsinium dan Madu Ardisia
1. Rempah ikan dan daging
2. Madu corsinium dan Madu Ardisia
Rempah ikan dan daging mempunyai rasa yang sedap,bersih dan dihasilkan daripada rempah pilihan.InsyaAllah menepati kehendak citrarasa pengguna.Anda boleh mencuba dahulu rempah ini sebelum mengiklankan kepada ahli-ahli dibawah anda.
Madu corcinium pula ialah adunan siap ubat untuk rawatan resdung yang kronik. Mereka yang telah hilang kepekaan menghidu aroma, hidung tersumbat dan bersin pada waktu pagi sebaiknya mencuba herba ini.
Madu Ardisia untuk pesakit gaut yang lebih kuat keberkesananya daripada ardisia.
Pengambilannya 1 sudu 3 kali sehari dan minum air panas apabila mengambil herba-herba ini dan jangan mengambil minuman berais.
Wednesday, May 27, 2009
PENAJAAN SEMULA
PENAJAAN SEMULA
Syarat penajaan semula adalah seperti berikut:
a) Ahli yang di daftarkan pada atau sebelum 2003.
b) Tidak aktif (tidak pernah membuat pembelian sejak 2003 hingga sekarang)
c) Buat surat permohonan ke MIS.
Insyallah kami akan luluskan.
Sunday, May 24, 2009
Minyak zaitun dan cahaya
Tujuan utama pengambilan herba ialah untuk menguatkan jantung agar keharmonian terjadi dan gangguan luar dapat diatasi. Herba-herba untuk jantung yang terbaik ialah dari semua jenis minyak tetapi perlu hati-hati jika pengambilan berlebihan, badan akan menggeletar kerana jantung seolah-olah di arah bekerja sambil berlari.
Produk HPA dalam bentuk minyak adalah seperti : omega 3, grapeseed oil, vitamin e alami, garlic, habatul saudak, EPO dll. Kesemuanya memberikan tenaga pada jantung .
Produk HPA dalam bentuk kapsul juga hampir semua mengandungi minyak sari dari kayu teja yang sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya ubat periuk lohard.
InsyaAllah.
Pegaga dan otak.
Daun pegaga tak ubah seperti dua hemisfera otak,iaitu otak kanan dan otak kiri. Ini bererti otak juga diciptakan tuhan berpasangan. Namun bagitu otak juga mempunyai arus eletrik seperti jantung dan dapat disukat dengan alat elektroensefalograf (EEG).
Dalam dunia pengubatan herba, persamaan bentuk juga diambil kira bagi menentukan bahagian tubuh yang hendak diubati. Ini akan membawa maksud pegaga merupakan herba yang baik diberikan untuk kesihatan di otak. Ia termasuklah bagi peningkatan IQ (hafalan dan pemahaman)terutama kepada para pelajar. Secara umumnya herba yang baik di otak mempunyai pengaruh kepada jantung, kulit dan organ reproduktif.
Penyakit yang pernah saya rawat menggunakan pegaga ialah sawan tarik, pendarahan dan menghilangkan pembekuan darah di otak. Oleh kerana pegaga termasuk herba diuretic, banyak testimoni yang diterim, ia juga memecahkan batu karang dalam pundi kencing, demam panas (campur gula batu), rawatan liver termasuk hepatitis dll.
Di HPA pegaga di tanam tanpa kimia bagi mengelakan keracunan dan khasiatnya lebih terpelihara.
Posted by jawimedherb
Ya Allah..satukanlah hati-hati kami....
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini.
Amin.
dipetik dari Bus Dev HPA.
Friday, May 15, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Serangan Virus
HERBALISMA ~ "Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"
Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan "biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".
Tumbuh-tumbuhan (herba) adalah merupakan ciptaan Allah S.W.T yang terhampir dengan kehidupan manusia. Sejak zaman pra-sejarah; iaitu sebelum wujudnya perubatan moden lagi, masyarakat manusia telah menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan ubatan dan resepi-resepi yang telah diformulasikan telah lulus ujian berabad-abad lamanya.
TUJUAN PENGAMBILAN HERBA
Para Herbalis mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alami yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal ini menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan penyakit.
1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan
Para herbalis percaya bahawa sebab utama terjadinya penyakit bukan disebabkan oleh kuman, virus, bakteria atau mikrob tetapi penyakit terjadi akibat lemahnya sistem ketahanan badan di dalam tubuh seseorang itu. Apabila sistem imuniti ini berada pada tahap yang rendah maka kuman mulalah menyerang.
Untuk memastikan supaya sistem imuniti seseorang itu sentiasa berada pada tahap yang tinggi, maka pengambilan herba yang tumbuh secara semulajadi dan bebas dari pencemaran adalah disarankan. Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta karoten, dan bahan-bahan aktif yang lain adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan seseorang untuk rawatan melawan penyakit yang ada . Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana herba mengandungi bahan aktif yang terlalu sedikit dan bertindak secara perlahan.
Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat atau penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.
2. Penggunaan Herba Untuk Perubatan
Ilmu perubatan menggunakan herba telah berkembang sejak sejarah manusia bermula. Pengamalan yang berlaku berabad-abad lamanya, akhirnya diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat pokok Bayam Berduri dikaitkan dengan penambahan darah. Setelah perkembangan sains berlaku, herba-herba ini telah diuji satu persatu dan terbukti kebenarannya.
Istilah herba ubatan pada mulanya dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak berkayu, tetapi kini herba ubatan telah diertikan sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik,seperti
![]() | Mengkudu Hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai anti kanser, |
![]() | Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asitikosida yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ). |
![]() | Akar Lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya. |
Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna melalui testimoni dan dari penelitian (kajian klinikal) dan pengamatan para perawat sendiri.
Pengambilan herba ubatan adalah untuk mengembalikan keharmonian tubuh di mana seluruh tubuh boleh berfungsi seperti sediakala terutama sistem imuniti. Oleh itu tujuan pengambilan herba ubatan adalah sebagai berikut:
1. Mencegah munculnya penyakit-penyakit baru.
Apabila kita merawat sesuatu penyakit, tujuan asalnya ialah untuk membendung agar ianya tidak melarat, baik penyakit akut (ringan) mahupun kronik (parah). Misalnya penyakit kencing manis yang tidak dicegah akan menyebabkan berlakunya gangguan ginjal atau penyakit yang sama tetapi semakin kronik, seperti kanser payudara yang akan merebak ke bahagian lain. Oleh kerana itu, pengambilan herba adalah sebagai langkah pencegahan agar sel-sel yang sihat tidak dijangkiti oleh sel-sel kanser.
2. Merawat penyakit sediada.
Tujuan kedua barulah ditumpukan kepada penyembuhan penyakit sediada. Tindakan yang dilakukan oleh herba dalam hal ini ialah:
![]() | Release (Mengeluarkan): proses ini ialah mengeluarkan segala toksid (racun) yang menjadi punca penyakit. Proses ini sering dikenali dengan detoksifikasi; proses membangkitkan sistem imuniti tubuh. |
![]() | Relax (Merehatkan): peringkat ini tubuh diletakkan dalam keadaan yang stabil di mana keadaan suhu, alkali dan asid berada pada tahap yang paling baik agar dapat membantu berfungsinya sistem imuniti tubuh. |
![]() | Regeneration (Menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang telah mati diganti dengan sel-sel baru di mana proses penuaan (aging) dipertahankan malah berlaku keadaan yang terbalik setelah mengamalkan herba. Bahan anti oksidan di dalam herba akan bertindak sebagai anti penuaan dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif. |
![]() | Refunction (Mengembalikan fungsi): setelah proses di atas berjalan dengan sempurna maka organ-organ akan berfungsi semula dengan baik. Sistem imuniti akan bekerja dengan baik menolak penyakit dari dalam tubuh. |
REAKSI HERBA
Dalam menggunakan herba samada sebagai pemakanan kesihatan atau untuk tujuan rawatan, seseorang itu hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dalam setiap kejadian Allah s.w.t itu ada fungsinya yang tertentu. Perawatan herba juga mempunyai banyak kesamaan dengan perubatan moden di sudut kewujudan kesanbalas selepas penggunaannya. Proses keserasian tubuh bagi menerima herba seringkali mewujudkan tanda-tanda positif seperti berikut:
![]() | badan terasa panas |
![]() | suara menjadi parau |
![]() | kering kerongkong |
![]() | sakit kepala / pening |
![]() | mata merah |
![]() | telinga panas dan berdesing |
![]() | sakit pinggang |
![]() | sakit bawah kaki / tumit |
![]() | muntah |
![]() | ruam-ruam dibadan |
Simtom ini berlaku disebabkan oleh:
![]() | penggunaan herba jenis panas seperti pokok mengkunyit (Coscinium blumeanum), pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia), dan pokok patawali (Tinospora crispa) |
![]() | ubat sedang bertindak |
![]() | proses pengeluaran toksid, penyeimbangan suhu atau angin sedang berlaku. |
Secara umumnya, herba hendaklah di ambil sebelum makan atau ketika perut kosong. Sekiranya simtom di atas terjadi; pengambilan herba hendaklah diteruskan tetapi dengan mengurangkan dosnya atau diberikan selepas makan. Setiap pengamal herba hendaklah meminum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari terutamanya bila mengambil herba yang bersifat panas.
SINERGI DALAM RAWATAN
Satu lagi kesamaan dengan perubatan moden dalam perawatan menggunakan herba ini adalah dalam kaedah menggabungkan (sinergi) ubat. Contohnya, bagi orang yang demam sinerginya meliputi ubat demam, antibiotik dan pelengkapnya seperti vitamin, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya mengikut gejala yang dialami oleh pesakit.
Sinergi yang lengkap, sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan:
![]() | meningkatkan potensi keberkesanan |
![]() | mengelakkan kesan sampingan |
![]() | mengurangkan kekerasan ubat |
![]() | mempercepatkan kesembuhan |
Sinergi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama :
![]() | sinergi wajib – pada amnya berfungsi untuk memulih dan memperbaiki keseluruhan sistem tubuh(homeostasis) agar dapat mengekang tubuh daripada serangan penyakit yang dideritai. |
![]() | sinergi asas – berdasarkan diagnosis atau penyakit yang dihidapi. |
![]() | sinergi pelengkap – kebiasaannya mereka yang menghidapi penyakit tertentu turut mengalami gejala-gejala yang timbul akibat penyakit tersebut. |
Perlu diingatkan bahawa, setiap sinergi ini akan bersepadu secara berkesan bagi membantu proses pemulihan yang sepenuhnya. Sebarang pengabaian mana-mana sinergi mungkin membantut dan melambatkan proses pemulihan.
SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN
Adakalanya herba yang kita makan tidak berkesan secara maksimal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
![]() | Masalah "Mind Set" - Keyakinan yang positif terhadap herba adalah merupakan anak kunci pengubatan kerana Allah S.W.T. telah menjadikan sesuatu itu dengan fungsi tertentunya. Apabila pengambilan herba dilakukan dalam keadaan terpaksa atau ragu-ragu, maka 'pintu pengubatan' bagi diri seseorang itu tidak dibuka dengan sepenuhnya dan mengakibatkan kurang berkesan perawatan herba ke atas dirinya. |
![]() | Tekanan atau Stress - Tekanan yang berpanjangan akan meyebabkan kelenjar di dalam tubuh merembeskan bahan kimia tertentu yang menghalangi proses penyerapan dan tindakan pengubatan herba. |
![]() | Pengambilan air yang tidak mencukupi - Air yang kurang juga menyebabkan herba tidak dapat diserap dengan baik terutama bila mengambil herba yang bersifat diuretik. Keperluan air untuk seseorang adalah sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. |
![]() | Penggunaan yang tidak berterusan - Sebahagian herba mempunyai daya kerja yang agak lambat dan memerlukan jangka masa tertentu untuk melakukan proses pemulihan. Seseorang pesakit terutamanya yang telah mengidap penyakit yang agak lama, perlulah bersabar dan memberikan masa yang panjang sedikit untuk herba berkesan sepenuhnya merawat tubuh. |
![]() | Pengikatan dan pembuangan - Cara pengambilan herba yang salah atau penggunaan herba bersama dengan ubat-ubatan lain akan membentuk ikatan kimia yang tidak diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. |
![]() | Dos yang tidak mencukupi - Dos yang cukup akan memberikan beberapa isyarat kepada tubuh, seperti peningkatan suhu badan dan rasa sengal pada tubuh. Hal ini menunjukan 'tindakbalas' herba yang memenuhi keperluan tubuh. (Lihat Nota Reaksi Herba) |
GOLONGAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Adakalanya seseorang perlu diberikan perhatian khas untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya dalam mengamalkan herba. Golongan yang tertentu tersebut adalah seperti berikut:
Orang yang kurus - biasanya mereka mengalami masalah pencernaan dan menyebabkan khasiat makanan yang diambil tidak dapat diserap dengan baik.
Orang tua lanjut usia - organ-organ tubuhnya sudah mulai lemah.
Kanak-kanak - organ tubuh pada kanak-kanak belum terbentuk secara sempurna sehingga daya serapnya terhadap zat pemakanan belum optima.
Ketiga-tiga golongan tersebut perlu dibantu dalam mengambil herba iaitu dengan membuka kapsul pembungkusnya. Kemudian herba tersebut di masukkan ke dalam gelas dan dibancuhkan dengan air mendidih sehingga rata. Minum bila airnya telah menjadi suam.
PRODUK HERBA YANG SELAMAT
Setiap produk herba yang hendak dipasarkan harus melalui beberapa tahap ujian yang diluluskan penggunaanya seperti:
![]() | Ujian Logam Berat - Produk yang dikeluarkan harus bebas dari logam-logam berat seperti Arsenik, Plumbum dan Mercury dan kandungan yang dibenarkan di dal herba untuk setiap logam tersebut adalah seperti berikut: Arsenik : < 5 ppm
| ||||
![]() | Ujian Bahan Steroid - Produk herba bersangkutan tidak boleh mengandungi bahan steroid sintetik | ||||
![]() | Ujian Mikrob - Had batas mirob di dalam herba bersangkutan tidak boleh melebihi dari 10 CFU (Coloni Forming Unit/Total Microbial Count/GM). 4 jenis mikrob yang tidak dibenarkan berada di dalam produk berkenaan adalah seperti E-coli, Salmonella, Staphylococos aureus dan Pseudomonas aeruginosa. | ||||
![]() | Ujian Kelarutan - Untuk memastikan produk tersebut larut dalam sistem pencernaan manusia, produk dalam kapsul harus larut dalam masa yang kurang dari 30 minit. |
Setelah produk berkenaan lulus ujian yang dijalankan, maka ia akan diberikan sijil kelulusan dan diiktiraf selamat untuk digunakan seperti tanda MAL19972881T pada pembungkus botol produk tersebut.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya" |
Tuesday, May 12, 2009
Thursday, May 7, 2009
Dalam amalan para sufi penekanan terhadap kebersihan dan kesucian sesuatu makanan amatlah dijaga dan dititikberatkan supaya hati tidak dicemari daripada perkara-perkara yang syubhat dan haram yang akan menjauhkan diri seseorang dengan Allah kerana hati yang rosak akan menyebabkan seseorang akan lalai dari mengingati Allah s.w.t.Justeru pemakanan yang halal dan suci amat penting dalam kehidupan setiap muslim.Pengambilan makanan yang baik amatlah digalakkan di dalam Islam.
Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nahl, ayat 114:فكلوا مما رزقكم الله حللا طيبا واشكروا نعمت الله إن كنتم إياه تعبدون.
Maksudnya: “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurlah di atas nikmat Allah, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.”
Ayat di atas menggesa umat Islam memilih makanan yang halal lagi baik yang diberikan oleh Allah, justeru umat Islam wajib meninggalkan makanan-makanan yang berstatus syubhat dan haram.Hadith nabi juga dalam hal yang sama menyuruh umatnya supaya memilih sesuatu seperti makanan begitu juga perkara yang lain iaitu yang halal dan bukan yang syubhat lagi haram. Nabi s.a.w. bersabda daripada Amir ia berkata :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Keutamaan Orang Yang Meninggalkan (Sesuatu Keraguan)Kerana Menjaga Agamanya, No.50.]
Maksudnya: Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya.
Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak.
Ketahuilah, itulah hati.Dalam hadith yang sama juga hati memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian dan jiwa seseorang muslim, dilihat kepada apa yang dimakannya. Jika halal dan baik maka baiklah hatinya tetapi jika sebaliknya maka akan rosak dan binasalah hati itu.
Penjagaan hati dan diri ini amat bertepatan dengan salah satu objektif syariah (maqasid syariah) iaitu menjaga diri, justeru amalan pengambilan makanan yang halal bukan sahaja menjadi kewajipan atas setiap orang muslim bahkan ia menjadi jihad dalam khusus kepada masyarakat Islam dalam menyediakan keperluan barangan yang halal termasuk memasarkan, menjual dan menggunakan barangan halal hasil tangan individu atau badan Islam yang prihatin dengan kesucian makanan ini.
Saturday, May 2, 2009
What Happened to Our Body At Night
Evening at 11pm - 1am:is the detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.
Early morning 1 - 3am: detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.
Early morning 3 - 5am: detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.
Morning 5 - 7am: detoxification in the colon, you should empty your bowel.
Morning 7 - 9am: absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before
7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 - 10am rather than no meal at all.
Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.
'10 Kelebihan COKE..'
Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini;
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah adaMecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], timeraya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Apa lagi HPA ada alternatifnya - RADIX Kola - kurang gas, kurang gula dan ada campuran herba lagi di dalamnya.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya.. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
Produk-produk Terkini
