SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Thursday, May 28, 2009

Mencari ulamak pewaris Nabi.

Menghina ulamak merupakan kehinaan pada diri sendiri kerana ulamak adalah pewaris para nabi. Ulamak-ulamak yang berjuang bagi penegakkan hukum Allah swt menjadi penyelamat kepada aqidah ummat. Ulamak mengajak manusia menjadikan Allah sebagai tuhan bukanya menjadikan hamba kepada kebendaan dan pangkat.Mereka tidak pernah meminta balasan daripada apa yang mereka perjuangkan melainkan agar Islam diterima sepertimana ajaran Rasulullah saw.

Ulama tidak membawa manusia agar kagum pada dirinya sendiri dan bagitu juga pengikut-pengikutnya. Mereka bertemu membicarakan kelebihan yang ada dalam Islam bukanya membicarakan kelebihan guru-guru mereka. Hari ini kita melihat keterbalikan ini,para murid sibuk menceritakan kehebatan guru dan guru pula menerima sanjungan yang bukan menjadi miliknya.

Jangan sekali-kali kita mengukur kehebatan guru itu dengan pekara ajaib yang berlaku tetapi ukurlah dengan pegangannya kepada Al- Quran dan as sunnah.

Ramai para ulamak yang tidak cenderung hati mereka pada ugama lantas mereka tidak menghantar anak-anak meraka untuk mempelajari Islam sepertimana diri mereka. Dari soal kecil sampai perkara besar boleh dipertikaikan. Mereka mengahwini anak perempuan mereka dengan mas kahwin yang tinggi dan masih lagi menjadikan upacara persandingan sebagai hukum adat yang tidak boleh ditentang. Mereka masih boleh tersenyum melihat anak-anak mereka memakai lipstick diatas pelamin menjadi tuntunan awam. Jika berbicara sering bercakap tentang soal jin dan buatan orang melebihi dari persoalan aqidah yang perlu dipertahankan. Ini berbeza dengan ulamak yang ikhlas tetap memelihara kesucian Islam dalam apa jua sudut kehidupan.

Amin semoga kita menjadi pengikut ulamak pewaris para nabi.

Posted by jawimedherb

No comments:

Post a Comment

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE