Agama Islam sangat tegas berkenaan dengan halal dan haram dalam makanan. Ini adalah kerana makanan yang baik dan suci membentuk jiwa yang bersih dan mudah menerima hidayah daripada Allah s.w.t.
Dalam amalan para sufi penekanan terhadap kebersihan dan kesucian sesuatu makanan amatlah dijaga dan dititikberatkan supaya hati tidak dicemari daripada perkara-perkara yang syubhat dan haram yang akan menjauhkan diri seseorang dengan Allah kerana hati yang rosak akan menyebabkan seseorang akan lalai dari mengingati Allah s.w.t.Justeru pemakanan yang halal dan suci amat penting dalam kehidupan setiap muslim.Pengambilan makanan yang baik amatlah digalakkan di dalam Islam.
Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nahl, ayat 114:فكلوا مما رزقكم الله حللا طيبا واشكروا نعمت الله إن كنتم إياه تعبدون.
Maksudnya: “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurlah di atas nikmat Allah, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.”
Ayat di atas menggesa umat Islam memilih makanan yang halal lagi baik yang diberikan oleh Allah, justeru umat Islam wajib meninggalkan makanan-makanan yang berstatus syubhat dan haram.Hadith nabi juga dalam hal yang sama menyuruh umatnya supaya memilih sesuatu seperti makanan begitu juga perkara yang lain iaitu yang halal dan bukan yang syubhat lagi haram. Nabi s.a.w. bersabda daripada Amir ia berkata :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Keutamaan Orang Yang Meninggalkan (Sesuatu Keraguan)Kerana Menjaga Agamanya, No.50.]
Maksudnya: Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya.
Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak.
Ketahuilah, itulah hati.Dalam hadith yang sama juga hati memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian dan jiwa seseorang muslim, dilihat kepada apa yang dimakannya. Jika halal dan baik maka baiklah hatinya tetapi jika sebaliknya maka akan rosak dan binasalah hati itu.
Penjagaan hati dan diri ini amat bertepatan dengan salah satu objektif syariah (maqasid syariah) iaitu menjaga diri, justeru amalan pengambilan makanan yang halal bukan sahaja menjadi kewajipan atas setiap orang muslim bahkan ia menjadi jihad dalam khusus kepada masyarakat Islam dalam menyediakan keperluan barangan yang halal termasuk memasarkan, menjual dan menggunakan barangan halal hasil tangan individu atau badan Islam yang prihatin dengan kesucian makanan ini.
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK
** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :
SMS-HISHAM: 019-315 0915
email: HISHAM
TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya" |
No comments:
Post a Comment