SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB STOKIS HPA BANDAR SRI PERMAISURI - VILLA LAMAN TASIK

** MAKLUMAN**
STOKIS HPA BDR SRI PERMAISURI TIDAK LAGI BEROPERASI DI LOKASI,
WALAU BAGAIMANAPUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN PRODUK-PRODUK HPA TERKINI BOLEH BERURUS-NIAGA MELALUI ONLINE (BARANGAN AKAN DIHANTAR MELALUI POS) ATAU MELALUI TEMUJANJI :

SMS-HISHAM: 019-315 0915

email: HISHAM

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Tuesday, November 24, 2009

Cuka Nipah

Tulisan PU mengenai Cuka Nipah :

Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika dicampurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah, dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis

Sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki .Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem "kod" tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli)adalah herba yang seimbang(tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas(boleh di tambah madu).Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det - 1 x 3
D Deu - 3 x 3
D Karm - 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang.

InsyaAllah.

9 jenis pembaziran - Ibnu Qayyim AlJauziyyah

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

sumber: idhamlim.blogspot.com

Wednesday, November 11, 2009

Musim hujan, madu dan kopi diet.


Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt Drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam, musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu, habatul saudak dan lain-lain lagi.

Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini.

Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti.



InsyaAllah.

Pasaran Ayam Organik Segar HPA


Pasaran ayam organik segar akan diperkenalkan oleh HPA bagi memastikan ayam-ayam yang dijual di cawangan tidak lebih dari 7 hari. Ini memerlukan kecekapan pengakutan bagi membawanya dari tempat sembelihan ke cawangan sesegera mungkin. Jika ini dapat dibuat, bererti kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti ayam beku agar ianya sentiasa segar dan sedap di makan.

Salah satu cara bagi mendapatkan rasa enak ayam ialah dengan merendamkan sebentar ayam tersebut dalam larutan air yang di campur cuka asli (10 liter air : 1 sudu cuka asli HPA), kemudian barulah di goreng.

InsyaAllah, daging ayam terasa sangat sedap apatah lagi jika digoreng menggunakan tepung RFC yang telah pun berada semula dipasaran.

Selamat mencuba.

Tuesday, November 3, 2009

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

BERNAMA

e-HALAL Yellow Pages -It's FREE